Belajar untuk lelap secara spontan sukar bukan? Bagi yang susah nak tidur malam boleh cuba startegi ini

1. Jadikan waktu tidur sebagai rutin.

Rutin tidur yang betul adalah sangat penting untuk mendapatkan rehat yang cukup, semasa tidur. Tidur pada waktu yang sama akan membantu memudahkan anda terlena. Elakkan tidur siang kerana ini pastinya akan menggangu rutin tidur tersebut. Harus diingatkan rutin tidur bermula dengan mengambil kira aktiviti petang anda, elakkan kerbergantungan dengan teknologi atau peranti pada sebelah malam. Fokus untuk memberi peluang untuk badan anda berehat secara fizikal dan mental.

2. Uruskan Kembimbangan Anda.

Ambil langkah untuk memastikan anda dihantui masalah baik dari segi perkerjaan atau peribadi ketika hendak tidur, fokus dengan tujuan anda tidur adalah untuk merehatkan diri. Luahakan permasalahan kepada sesiapa rakan atau keluarga rapat untuk mengurangkan tekanan, pilih untuk bermeditasi atau membaca Al-Quran atau buku ilmiah sebelum tidur, bagi mengurangkan tekanan.

3. Sediakan Badan Anda untuk Tidur

Kesihatan fizikal kita mempengaruhi waktu tidur, cara kehidupan yang tidak sihat pastinya menyukarkan lagi anda untuk terlena.

Elakkan caffeine, alkohol, nikotin dan makanan berat apabila hampir tiba dengan waktu tidur. Boleh juga amalkan senaman ringan yang tidak melibatkan aktiviti yang ekstrim.

4. Persekitaran bilik tidur

Kadang kadang benda-benda yang kelihatan remeh memainkan peranan dalam mempercepatkan proses lena. Umumnya kita akan lebih mudah terlelap dengan persekitaran yang sejuk, sunyi dan gelap.-tapi persekitaran tidur adalah bersifat personal, jadi cuba pelbagai cara untuk memastikan cara mana yang lebih berkesan untuk anda. Ada yang tidur dengan menggunakan plug telinga, memilih untuk mematikan telefon atau mendengar komposisi muzik yang tenang. Apapun kaedahnya bila anda menemuinya jadikannya sebagai rutin.

5. Hadapi Insomnia

Jangan paksa diri anda untuk tidur, sebaliknya cari kaedah yang sesuai untuk memberikan efek rehat yang optimum pada badan dan rasa lena pastinya akan hadir sendiri kemudiannya. Buat aktiviti seperti mandi (dalam bathtub), tonton drama singkat, atau baca bahan bacaan ilmiah sebelum tidur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?