Berapa lama Coronavirus Bertahan? Apa jangkaan anda sekiranya anda dijangkiti COVID-19.

Sumber: Gambar dari Google

Epidemik coronavirus masih membimbangkan dunia, dalam usaha untuk menemukan vaksin coronavirus, anda mungkin khuatir sekiranya anda dijangkiti COVID-19, berapa lama masa untuk badan mula menunjukkan simptom covid-19, 14 hari mungkin?, Selepas berbulan-bulan kajian intensif dijalankan berkenaan COVID-19, pakar kini sudah mampu menentukan masa untuk badan anda menunjukkan simptom, berapa lama masa untuk anda pulih, dan akhir keluar dari proses kuarantin.

Bila masa simptom pertama COVID-19 akan muncul sekiranya anda dijangkiti?

Tak semua mangsa yang dijangkiti oleh Covid-19 menunjukkan simptom, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), 80% infeksi Covid-19, tidak menunjukkan simptom yang jelas, kebanyakkan kes, dari simptom yang ditunjukkan adalah demam, perubahan suhu badan yang ketara, kesukaran bernafas, pening, sakit tekak atau selesema. Terdapat juga yang melaporkan simptom lain seperti, nausea, muntah dan diarrhea.

Menurut CDC simptom covid kini boleh hadir seawal 2-14 hari selepas individu didedahkan kepada virus tersebut, namun kajian terbaru dari pakar immunologi dari US mendapati bahawa simptom covid -19 akan muncul seawal 5 hari. Kajian itu juga menunjukkan 97 peratus dari individu yang dijangkti menujukkan simptom yang melarat dalam 11 hari dari masa mereka dijangkiti.

Masa yang diperlukan untuk anda sembuh? 

Masa yang diperlukan untuk individu yang dijangkiti oleh COVID 19 adalah tergantung kepada keadaan pesakit, untuk kes yang tidak parah, waktu yang diperlukan untuk sembuh adalah seawal 14 hari, namun untuk kes yang lebih serius, ia mungkin akan mengambil masa 6 minggu atau perlu ditahan dihospital.

Menurut CDC, mereka yang menghidapi sakit jantung atau masalah paru-paru mungkin akan berisiko untuk menghadapi komplikasi teruk akibat Covid- 19.

Apa itu ‘ketahanan viral’ dan bagaimana ianya mempengaruhi jangka sesuatu penyakit.

Kadang-kadang virus corona mampu bertahan lebih lama dari jangka hayatnya, saintis masih mengkaji kenapa hal ini berlaku pada sesetengah pesakit, dan bagaimana ianya berbeza terhadap setiap individu dan berapa lama ianya boleh bertahan dalam badan supaya masa kuarantin yang lebih jitu bileh ditentukan.

Sehingga kini ketahanan virus sebegini hanya boleh dilihat pada virus seperti HIV, hepatitis kronik, chickenpox/shingles, herpes simplex, and Epstein-Barr. Walaupun “ketahanan virus” tidak menjadi kebiasaan untuk karakter infeksi pernafasan akut seperti COVID-19. Satu kajian dari China menunjukkan terdapat individu yang menunjukkan simptom ringan COVID-19 yang hilang selepas 2-3 minggu. Walaubagaimanapun mereka dikekalkan dalam status diagnosis selama 2 bulan.

Bila adalah masa yang selamat untuk anda keluar ke kawasan umum?

The biggest risk of going out in public after having COVID-19 is transmitting the virus to others. If you follow the guidelines, however you can minimize the dangers.

Risiko terbesar sekiranya anda keluar dikawasan umum selepas dijangkiti COVID-19 adalah menjangkiti virus tersebut kepada orang ramai, walaubagaimanapun risikonya boleh dikurangkan sekiranya anda mematuhi panduan yang telah ditetapkan.

Pada kebiasaanya, kadar kebolehjangkitan adalah sifar selepas 10 hari, namun jangka waktu ini mungkin dipanjangkan selepas 2 ke 3 minggu, bagi mereka yang mengalami simptom kronik.

Tidak semua individu perlu mengambil ujian COVID-19, mereka yang mengalami simptom ringan boleh menjalani kuarantin sendiri dirumah, namun sekiranya anda yakin anda mempunyai kontak langsung dengan pesakit yang disahkan positif COVID-19  anda perlulah segera menjalani ujian COVID-19.

Amalkan penjarakkan sosial, pakai topeng, kerap basuh tangan ini merupakan langkah pencegahan terbaik untuk COVID-19 buat masa ini. Berhati-hati dengan siapa yang anda pilih untuk berinteraksi terutama mereka yang berisiko tinggi terhadap COVID- 19 atau mereka yang memiliki kondisi komorbid.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?