Hanya Dengan Barangan Dapur Sahaja, Anda Boleh Jadi Cantik

Petua untuk Bibir Merah

Amalkan menyapu sedikit mentega ataupun marjerin pada bibir korang pada setiap malam,sebelum korang tidur.

Petua untuk Merawat Jerawat

Amalkan menyapu ke muka bedak sejuk yang dicampur dengan madu setiap hari *Tapi pastikan beli bedak sejuk yang asli iaitu yang dibuat tanpa menambah toksik atau apa-apa jer,nak yang sure asli di kedai2 runcit kampung banyak lah. Sebelum korang lumur perah limau dan campurkan dengan kisaran bit.

Petua untuk Muka Licin dan Halus

Buah tomato dikisar dan disapukan pada muka pada waktu pagi dan malam. Selepas itu, muka dicuci dengan air suam.

Petua untuk Penjagaan kulit muka

Cuci muka dengan air suam. Kemudian sapu limau nipis di muka. Bilas muka sekali lagi. Amalkan sekali sehari.

Petua untuk Awet Muda

Minum tiga gelas air masak sebelum membasuh muka (Lebih baik sebelum menggosok gigi,kerana kuman didalam mulut dapat membunuh kuman didalam perut). Amalkan setiap pagi sebaik bangun daripada tidur.

Petua untuk Putihkan Kuku

Lumurkan kuku dengan minyak kelapa. Cuci hingga bersih. Selepas itu,lumurkan kuku dengan limau nipis.

Petua untuk Melangsingkan Badan

Parut dua buji lobak merah dan sebiji timun. Perah airnya. Campur dengan sebiji limau nipis dan bancuh sehingga sebati. Amalkan minum dua kali sehari.

Petua untuk Masalah Haid

Amalkan minum air teh yang dicampur sedikit kapur sirih (Seelok-eloknya,air teh yang tidak dibancuh dengan gula).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?