Adakah anda seorang “INTROVERT”?

Apakah yang terlintas difikiran anda jika anda mendengar perkataan “introvert”?, adakah anda terbayang bayang akan individu yang pemalu, yang khayal dengan “dunianya sendiri” ketika bertemu dengan ramai orang, atau si budak pendiam yang jarang bercakap didalam kelas anda?, haa. Tahukah anda terdapat pelbagai ciri untuk anda untuk mengenal pasti si “introvert” selain daripada frekuensi sosial yang dipamerkannya? Dan tahukah anda terdapat 4 jenis Introvert.

Secara definisi- introvert ni merujuk kepada individu, yang memerlukan masa untuk bersendirian lebih dari kebiasaannya, untuk mengelakkan dirinya dari penat/lelah dari segi emosi. (emotionally drained).

Terdapat 4 jenis introvert, setiap klasifikasi mengambil kira pencirian yang berbeza yang ditunjukkan daripada ramai individu introvert sekaligus menjelaskan bahwa “introversion” tiada spesifikasi, sebaliknya hadir dengan pelbagai spektrum.

  1. Sang “introvert-sosial” adalah merujuk kepada individu, yang paling ramah/mesra dengan ramai orang tetapi bukan untuk jangka masa yang panjang. Mereka tidak malu dimana-mana pertemuan sosial, malah mungkin ada yang tampil lebih galak ketika pergaulan sosial. Namun apabila sampai waktunya si introvert-sosial akan lebih selesa kembali menyendiri.

Kebiasaanya si introvert-sosial memiliki beberapa rakan terdekat, personalitinya akan lebih menonjol apabila bersama dengan rakan-rakan rapat ini, bagi yang tidak mengenali sang introvert, mungkin akan fikir bahawa dia seorang yang ekstovert tatkala personalitinya menyerlah bersama rakan-rakan rapatnya. Namun yang pasti sang sosial introvert tidak akan berkongsi hal-halnya kecuali dengan rakan-rakan terdekatnya.

2. Si pemikir, atau “thinking introvert”, ibarat seperti individu yang khayal dengan dunianya sendiri, itulah gambaran yang sesuai untuk mengambarkan introvert jenis ini.

Mereka tidak ada masalah dengan pergaulan sosial namun lebih selesa memilih untuk berada didunianya sendiri, si “thinking-introvert” mudah khayal dalam pemikirannya dan selalu tampil seakan-akan terpinga-pinga bagi mereka yang tidak mengenali dirinya.

Namun sebenarnya “Sang introvert-pemikir” ini adalah individu yang sangat introspektif, maksudnya sang introvert ini mempunyai kawalan dan hubungan yang baik dengan emosinya. Kebanyakkan orang mungkin akan berasa sukar untuk berhubung dengan introvert dari jenis ini, ini adalah kerana mereka mempunyai corak pemikiran yang unik, yang mana mereka lebih selesa mendalami pemikiran sendiri daripada membuang masa menjelaskannya kepada orang lain.

3. Si pemalu atau “anxious-introvert”, adalah seorang introvert yang selalu berasa cemas, tidak sabar dan berdebar debar ketika berhadapan dengan orang ramai. Introvert dari jenis ini biasanya akan sentiasa terfikir kembali, dengan pertuturan atau perlakuannya selepas bergaul dengan orang ramai.

Intovert dari jenis ini biasanya akan lebih ingin bersendiri walaupun bersama dengan teman rapat. Mereka akan kelihatan sangat tidak selesa dengan kumpulan sosial baru, kerana mereka akan cenderung untuk terlalu memikiran pertuturan dan penampilan semasa pergaulan.

Adalah penting untuk anda ketahui Introvert dari jenis ini bukanlah mereka yang mengalami gangguan keseimbangan sosial (Sosial Anxiety Disorder @SAD). Semua individu berpotensi mengalami gangguan keseimbangan sosial, tidak kisahlah introvert, ekstrovert atau ambivert.

Walaubagaimanapun dalam kes-kes yang eksterim Introvert dari jenis ini mungkin akan melarat ke gangguan keseimbangan sosial, jika tidak dibendung. Jika anda jenis yang mengelak dari situasi sosial kerana efek fisikal seperti peningkatan kadar denyatan jantung, berpeluh secara berlebihan atau mual, itu maksudnya ada mempunyai gangguan keseimbangan sosial, dan memerlukan bantuan profesional.

4. Introvert dari jenis “restrained” adalah introvert yang merujuk kepada individu yang menghadkan pergerakkannya, mereka ini lebih selesa terperok kat dalam bilik, atas katil, atau didalam rumah, mereka akan berasa sangat tidak selesa apabila dipaksa untuk bergaul secara tiba tiba dan tergesa.

Introvert dari jenis ini mungkin boleh diajak bersosial namun kamu perlu membuat perancangan seawal mungkin supaya dia boleh menyediakan dirinya dari segi fisikal, mental dan emosi. Mereka ini lebih suka bersendirian dibilik, menonton peranti seharian, dan tidak gemar akan perubahan mendadak. Mereka lebih suka dengan aktiviti yang berbentuk rutin, dia orang punya “perfect day is like” duduk dalam bilik+tonton drama korea+makanan=Hapiness.

So adakah anda salah seorang dari introvert? share ok?

Credit info dan gambar : @Psych2Go

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?