POLISI PEMULANGAN & PENUKARAN (PEMULANGAN KEROSAKAN ITEM DEFECT)

  1. Pengembalian mesti dihantar semula dalam tempoh 3 hari bekerja dari waktu ketibaan item.
  2. Untuk proses pengeposan semula daripada HQ Arissa Closet kepada pelanggan Arissa Closet adalah dalam tempoh 7 hari selepas tarikh ketibaan item kepada HQ.
  3. Sebelum proses pengeposan semula kepada pihak HQ, pelanggan perlu berurusan dengan seller/dropship untuk menghantar gambar item yang rosak sebagai bukti kerosakan
  4. Untuk menyemak status pengembalian, pelanggan Arissa Closet boleh menghubungi pihak dropship/seller.

 

POLISI PEMULANGAN & PENUKARAN (PEMULANGAN PERTUKARAN SAIZ & DESIGN)

  1. Pengembalian mesti dihantar semula dalam tempoh 3 hari bekerja dari waktu ketibaan item.
  2. Untuk proses pengeposan semula daripada HQ Arissa Closet kepada pelanggan Arissa Closet adalah dalam tempoh 7 hari selepas tarikh ketibaan item kepada HQ.
  3. Semua barang mesti dikembalikan kepada pihak HQ tanpa sebarang kerosakan, tiada kekotoran, tidak dicuci, tidak berubah, dan tidak dipakai. (Sekiranya item yang diterima oleh pihak HQ adalah seperti yang dinyatakan, pihak HQ akan mengirim kembali kepada pelanggan dan pelanggan akan menanggung kos pos tersebut).
  4. Pelanggan Arissa Closet akan bertanggungjawab membayar kos penghantaran barang kepada pihak HQ.
  5. Untuk menyemak status pengembalian, pelanggan Arissa Closet boleh menghubungi pihak dropship/seller.
  6. Pembatalan order daripada customer tanpa alasan yang kukuh tidak diterima oleh pihak HQ.

 

POLISI TUNTUTAN GANTI RUGI

  1. Sebarang tuntutan ganti rugi hendaklah dituntut dalam tempoh 7 hari berkerja.
  2. Sebarang tuntutan ubah suai atas kebenaran HQ hendaklah dituntut dalam tempoh 14 hari bekerja.
  3. Sebarang tuntutan ganti rugi disebabkan servis dari pihak pengeposan hendaklah dituntut dalam tempoh 30 hari dari tarikh pembelian.
  4. Pelanggan Arissa Closet bertanggungjawab memantau pergerakan item/parcel selepas mendapatkan nombor tracking dari dropship/seller.