2 Jenis Ketua: Air dan Batu, ini sebabnya kenapa kedua-duanya tetap penting.

Ramai para penyelidik, lebih cenderung kepada idea bahawa corak kepimpinan berbeza-beza,- ada yang autokratik, ada yang punya visi tersendiri dan ada yang jenis sentiasa sedia berkhidmat. Namun tidak kisahalah cara corak kepimpinan mana yang anda pilih, bila merujuk kepada fleksibiliti, ada 2 jenis gambaran yang sesuai untuk ketua/pimpinan, sama ada air atau batu.

Batu

Batu, seperti yang anda jangka adalah gambaran bagi seseorang yang tegas dan assertif dengan keputusannya, Mereka selalunya menjadi asas kepada perangai atau ciri-ciri pekerjanya, kebiasannya ramai yang akan sedia maklum dengan kekuatan mereka dari segi pendirian.

Ketua dari jenis ini biasanya akan belajar dari pengalaman lalu, yang memberikan mereka keyakinan untuk memberi inspirasi kepada orang lain. Biasanya mereka adalah pakar dalam industri masing-masing

Contohnya adalah “investment guru” Warren Buffet. Dalam pada bila dia sanggup menjual sahamnya bila masanya sesuai dia juga tidak ralat mengakui kesilapan. Wareen Buffet terkenal dengan teknik “buy it and hold it”, untuk pendekatan jangka masa panjang. Warren Buffet juga terkenal sebagai seorang yang sangat mengikut rutin seperti sarapan pagi di Mcdonalds dan memilih untuk tinggal di tempat tinggal nya yang pertama.

Air

Berbanding dengan jenis kepimpinan sebelumnya, ketua dari jenis ini bisa merubah keputusaanya berdasarkan situasi dan konsisten dalam mencari alternatif dan pendekatan baru pada setiap permasalahan. Mereka adalah jenis yang bertindak pantas, dan memiliki banyak visi dan pencapaian pada satu masa.

Ketua dari jenis ini bersifat analitikal, sentiasa memproses informasi baru untuk memperkembangan industri yang didudukinya, mereka tidak gentar untuk jatuh tanpa penghadang, dan beralih kepada mana-mana peluang yang dirasakan lebih relevan dan bersesuaian dengan situasi.

Contoh ketua dari jenis ini adalah Elon Musk, beliau memiliki pelbagai syarikat, berkerja untuk jangka masa yang lama, dan tidak menunggu peluang datang. Dia biasanya mengeluarkan kenyataan tanpa memikirkan kesan jangka masa panjang, namun dia masih bergantung kepada partner dan pakar-pakar dalam industri yang di ceburinya yang biasanya adalah kompleks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?