TIPS PERSEDIAAN MENGHADAPI BANJIR

Sumber Gambar: Google

Seperti yang sedia maklum, di sebelah Pantai Timur negara kita kini sedang menghadapi banjir. Sudah pasti banjir menimbulkan pelbagai ancaman kepada ekonomi, kesihatan dan keselamatan terutamanya kepada mangsa banjir. Adalah sangat penting untuk kita mengenalpasti risiko-risiko yang bakal dihadapi dan bertindak sewajarnya untuk menghadapi banjir. Berikut adalah tips persediaan dalam menghadapi banjir.

TIPS PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

Berikut merupakan panduan SEBELUM berlakunya banjir:

  1. Sentiasa dapatkan maklumat semasa mengenai banjir di tempat anda.
  2. Periksa saluran air/parit supaya tidak tersekat.
  3. Periksa saluran najis dan pastikan ia tertutup rapat.
  4. Dapatkan maklumat pusat pemindahan dan pusat bantuan bencana.
  5. Letakkan peralatan elektrik ditempat yang tinggi.
  6. Letakkan dokumen penting dalam bekas kalis air, peralatan asas kecemasan dan bersedia untuk dibawa ke pusat pemindahan.

SOP KENDERAAN KETIKA BANJIR

Menurut Team Automotif GiatMara Bentong, Pahang mencadangkan SOP kenderaan semasa musim banjir:

  1. Tanggalkan terminal bateri dan keluarkan dari kereta: supaya tidak berlaku “short circuit” pada sistem elektronik.
  2. Kenali lokasi ECU (Electric Control Unit) untuk Engine Managment Control: Tanggalkan dan simpan di tempat yang selamat.
  3. Tutup Ekzos pipe supaya tidak dimasuki lumpur.

Dengan SOP ini kos membaiki dapat dikurangkan sekiranya kereta tenggelam 100%. Sekiranya air banjir sudah surut, cuci komponen elektronik dengan air bersih supaya tidak berlaku pengaratan.

TIPS SEMASA BANJIR

Berikut merupakan tips SEMASA banjir ketika di dalam rumah, di luar rumah, di dalam kenderaan.

SEMASA BANJIR (DI DALAM RUMAH)

  1. Dengar penumuan radio.
  2. Bersedia dengan peralatan kecemasan.
  3. Jika diarahkan pihak berkuasa keluar dan berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR (DI LUAR RUMAH)

  1. Pergi ketempat yang tinggi dan selamat, jauh dari kawasan lapang seperti sungai dan longkang.
  2. Jangan bersiar-siar di kawasan banjir
  3. Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
  4. Awasi anak-anak dari bermain banjir di kawasan lapang.

SEMASA BANJIR (DI DALAM KENDERAAN)

  1. Jangan terus mengharungi kawasan banjir atau berpatah balik
  2. Jika kenderaan anda terhenti dan gagal dihidupkan, keluar dan pergi ke tempat yang selamat.

TIPS SELEPAS BANJIR

  1. Dengar pengumuman radio atau tunggu arahan pihak berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan.
  2. Berikan bantuan kepada jiran anda atau golongan kurang upaya dan istimewa
  3. Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan, ianya mungkin bahaya.
  4. Pakai kasut atau selipar semasa memasuki rumah.
  5. Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu tingkap, siling rumah yang mungkin boleh lerai dan jatuh.
  6. Periksa tanda-tanda kehadiran binatang berbisa dan merbahaya.
  7. Alihkan halangan yang bersepah dengan kayu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?