“Bagaimana untuk Memohon Maaf”

“Sorry seems to be the hardest word’, seperti lagi nukilan, Sir Elton John.

Kita semua melakukan kesilapan, namun respon yang civil adalah mudah dengan mengatakan bahawa “Maaf”.

Namun tak semua mampu melakukannya kerana mereka tidak mahu kelihatan lemah, atau mungkin kerana mereka tidak yakin.

Apabila kita tidak mengambil kesempatan untuk memohon maaf tatkala kita melakukan kesilapan kita juga mungkin akan hilang peluang untuk memperbaiki dan membina perhubungan progresif dengan team anda, ini mungkin akan menjadikan perkara-perkara tersebut sebagai isu yang terbuku dan mungkin mengakibatkan lahir rasa tidak puas hati suatu hari kelak.

Lantas jom lihat elemen-elemen yang diperlukan dalam membuat permohonan maaf secara efektif, dalam persekitaran professional dan personal.

1. Mengakui Kesilapan

Elemen pertama, untuk memohon maaf secara berkesan adalah mengakui kesilapan. Cukup dengan mengatakan, “Saya silap.” titik. berhenti. Tanpa alasan, seperti, “kerja rumah saya koyak dicakar kucing”. Dalam pada masa yang sama penting untuk anda memahami bagaimana atau dimana kesilapan anda. Katakan sekiranya anda patut menghantar laporan anda pada hari Jumaat, tetapi anda menghantarnya pada hari selasa minggu berikutnya, akui dan perbaiki.

2. Bersifat empati

Elemen kedua untuk memohon maaf secara berkesan adalah menunjukkan empati kepada sesiapa yang terkesan dari kesilapan anda. Contoh jika anda lambat menghantar data akibatnya kerja rakan sepasukan lain terbengkalai, anda harus meminta maaf kerana anda telah memberikan tekanan kepada pasukan yang sedang menunggu data, bagi meneruskan proses seterusnya. Penting untuk anda kenalpasti pasti bahawa yang penting.

Mengambil inisiatif memohon maaf kerana kesilapan anda menyebabkan beban kepada pasukan, akan menunjukkan bawaha anda benar-benar ikhlas dalam permohonan maaf anda.

3. Jangan Ulangi

Elemen ketiga dalam permohonan maaf yang berkesan adalah meyakinkan pasukan anda bahwa anda tidak akan mengulangi kesilapan yang sama. Jadi komited pada pasukan anda, dan tunjukkan bahawa anda memahami sebarang kesilapan anda, akan membebankan pasukan, dan anda akan melakukan sebaik yang mungkin untuk tidak mengulangi kesilapan yang sama kerana ini akan menjejaskan kerpercayaan pasukan terhadap anda.

4.  Penerimaan Maaf

“It takes two to tango” , Penting untuk anda pastikan bahawa orang/rakan/pasukan menerima permohonan maaf anda. “Kita ok kan?”atau mungkin secara fisikalnya bersalaman, Soalan/perbuatan seperti ini penting untuk membentuk hubungan baik yang bersifat progresif.

Ya mungkin sekiranya anda yang perlu menerima permohonan maaf, mungkin sukar untuk diterima jika kesilapan yang sama kerap dilakukan, namun ekspresi ringkas seperti “ok, saya terima permohonan maaf kamu, dan berharap kamu tidak mengulanginya lagi’, penting kerana, pendekatan sebegini akan menbenarkan permulaan untuk memperbaiki perhubungan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?