Menurut pakar psikologi, anda boleh menjual apa sahaja sekiranya anda menguasai 4 “pemacu tersembunyi ini”.

Menguasai teknik menyakinkan pelanggan merupakan satu keperluan yang penting dalam mendirikan sebuah bisnes yang sukses. Baca selanjutnya untuk mengetahui bagaimana untuk mencetus naluri semulajadi insan, terus menukarkan pelanggan berpotensi kepada pelanggan nyata. 

BY PETER YANG

Pakar pemasaran terkemuka, melihat pemasaran bukanlah dari perspektif seni, tapi saintifik. Ini kerana subjek pemasaran seperti sains telah lama dikaji sehingga kita mampu membuat hipotesis samada ada sesuatu teknik berkesan atau tidak memberi apa-apa impak.

1. Pemacu berbentuk “Penyelesaian”: Tunjukkan bahawa produk anda merupakan penyelesaian kepada masalah mereka.

Manusia bukan membeli produk tetapi penyelesaian, dan jika anda mampu meyakinkan pelanggan anda yang mana produk anda merupakan penyelesaian kepada masalahnya, anda pastinya mampu memetik pemacu ini untuk menjana jualan.

2. Pemacu berbentuk “Kepercayaan”: Jadilah figura yang mempunyai kerdibiliti yang tinggi.

Kepercayaan adalah komponen yang penting dalam proses membentuk jualan, apa yang pelanggan mahukan adalah mereka membeli dari sumber yang diyakini. Kunci kepada menukarkan kepercayaan pelanggan kepada keyakinan terhadap sesuatu jenama adalah anda perlu menzahirkan kepada pelanggan anda, bahawasanya anda merupakan pakar yang berkredibiliti terhadap produk yang anda jual.

3. Pemacu berbentuk “Mudah disukai/disenangi”: Menjadikan pelanggan sebagai sahabat/kawan.

Kita biasanya akan merasa lebih senang sekiranya kita berkongsi dengan individu yang mempunyai ideoloagi dan kepercayaan yang sama. Konsep yang sama, teraplikasi dalam proses penjualan dan pemasaran, pelanggan akan lebih cenderung untuk membeli daripada penjual yang mereka senangi. Itulah sebab utama kenapa jenama-jenama besar besar melantik “PR”bagi syarikat mereka, dan kenapa jenama-jenama suka mewar-warkan kepada umum kerja-kerja kebajikan yang mereka lakukan.

4. Pemacu berbentuk “Pembuktian”: Pelanggan perlukan bukti, bukan janji-janji manis.

Umum acapkali meragui sama ada mereka menang semasa membeli. Keraguan ini menghalang proses pembelian, “Adakah baju ini sesuai dengan saya? Adakah dengan menyertai kursus jualan yang mahal ini, jualan saya akan menjadi 3 ke 4 kali ganda.

Dengan memberikan alasan logikal, data kuantitatif atau testimoni pelanggan sebelumnya, anda pastinya mampu meyakinkan pelanggan bahawa mereka membuat keputusan yang tepat untuk setiap belian sekaligus menghilangkan kegusaran pelanggan untuk meneruskan transaksi membeli.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?