Apa yang badan anda sedang cuba memberitahu anda.

Simptom kesihatan yang anda tidak boleh memandang remeh.

Minum terlalu banyak minuman bergula…

Simptom: Pening kepala

Latarbelakang: Pemanis tiruan khususnya aspartame (found in Nutrasweet and Equal), boleh mengakibatkan pening kepala dan migrain. Mereka yang berisiko tinggi adalah mereka  yang mempunyai masalah genetik yang dikenali sebagai phenylketonuria (PKU); mereka kurang enzim phenylalanine,  yang diperlukan untuk memecahkan aspartame.

Simptom lain: Sentiasa mencari makanan manis & sukar untuk fokus

Kaedah menangani: Pilih untuk minum “sparkling water” atau jus buah-buahan .

Anda mengalami dehidrasi…

Simptom: Bibir kering/merekah.

Latarbelakang : Bibir merupakan penanda aras bagi kesihatan dan kadar dehidrasi untuk seluruh tubuh. “Sekiranya tubuh anda terhidrat dengan secukupnya, bibir anda tampil terhidrat. Kurang air maksudnya kulit pastinya tampak lebih kusam dan kering — Tisu pada bahagian bibir sangat sensitif bila kurangnya hidrasi, sekiranya anda selalu bergantung dengan produk pelembap bibir, itu adalah petanda anda perlu minum lebih banyak air.

Anda Kurang Vitamin B…

Simptom: Merekah dibahagian tepi bibir

Background: Kekurangan nutrisi biasanya akan kelihatan jelas pada bahagian lidah dan bibir, kekurangan vitamin B adalah sangat lazim bagi ramai orang terutama bagi mereka yang suka makan makanan yang diproses, mempunyai kandungan gula yang tinggi dan alkohol.

Simptom lain : Anemia, kurang bertenaga, cepat penat dan lebam bawah mata.

Kaedah menangani: Tukar diet anda kepada makanan yang mempunyai kandungan vitamin B yang tinggi seperti gandum, kuning telur, keledek, salmon dan daging.

Anda minum caffine terlalu kerap…

Simptom: Kepenatan

Latarbelakang: Caffine berkerja dengan merangsang sistem saraf tunjang, khususnya kelenjar adrenal untuk melepaskan hormon cortisol dan adrenalin, memberitahunya untuk bergerak lebih laju. Kesan jangka pendek anda jadi lebih fokus, koordinasi mata yang lebih baik. Walaubagaimanapun, sekiranya caffine diambil berlebihan, lama kelamaan sitem saraf kita akan seperti “kehabisan gas”, sekiranya ada tidak berrejuvenasi kembali dengan tidur dan rehat yang cukup badan akan lebih mudah kepenatan.

Simptom lain: Insomnia, degupan jantung yang kurang stabil, urinasi yang kerap

Kaedah menangani: Mengambil langkah berhati-hati, dan mengawal pengambilan kopi atau makanan yang memliliki kandungan kafine yang tinggi.

Anda kekurangan flora (mikrobakteria) yang baik untuk kesihatan.

Simptom: Kerap Selesama

Latarbelakang: Sistem imunisasi pusat bagi tubuh manusia adalah pada bahagian usus. Ketidakseimbangan sistem ekologi mikrorganisma pada bahagian usus akan mengakibatkan tubuh anda tidak boleh melindungi tubuh anda dari bakteria yang membahayakan tubuh anda, justeru anda lebih mudah untuk terkena penyakit.

Simptom lain: Perut bergas, perut kembung, sembelit, infeksi yis pada vagina, keradangan, dan fungus.Kaedah menangani: Pakar bersetuju bahawa untuk memastikan kesihatan usus, anda perlu melebihkan pemakanan anda kepada makanan yang mengandungi kandungan flora yang tinggi. seperti miso, sauerkraut, kombucha (the jepun) atau susu kefir. Usus kita merupakan hos kepada 2 kg bakteria sihat, jadi kita harus membekalkan baketria tersebut dengan makanan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?