3 Perkara yang membezakan pemimpin yang mempunyai EQ yang tinggi berbanding IQ.

Kenapa EQ penting berbanding IQ.

Apabila membabitkan corak kepimpinan, siapa yang mempunyai kelebihan? Pemimpin yang mengutamakan IQ atau EQ.

Yang membezakan pemimpin yang memiliki kelebihan EQ dan IQ.

EQ dari seorang pemimpin didefinisikan sebagai mereka yang berkemampuan untuk mengenal pasti memahami, dan mampu menguruskan emosinya sendiri serta mampu mempengaruhi emosi orang sekelilingnya.

Ini merupakan 3 perkara yang pemimpin dengan EQ yang tinggi lakukan berbeza berbanding dengan pemimpin yang cuma bergantung dengan kelebihan IQ.

1. Mereka sedia maklum dengan stabiliti emosi sendiri.

Mereka memahami kekuatan, dan had emosi serta peka dengan situasi dan persekitaran mereka. Dalam keadaan yang tertekan mereka mampu mengenal pasti punca dan penyebab kepada tekanan tersebut, dan dalam masa yang sama mereka masih jelas dengan nilai dan prinsip kendiri, yakni mereka membuatkan mereka mampu membuat keputusan yang tanpa dipengaruhi oleh emosi sementara.

2. Mereka peka dengan emosi orang sekeliling.

Mengenal emosi sendiri belum menjadikan anda pemimpin yang mempunyai ber ‘EQ” yang tinggi. Anda masih perlu mempunyai keupayaan untuk mengenal pasti emosi orang sekeliling serta menghormati emosi mereka. Mereka memberi perhatian penuh terhadap emosi orang lain dengan kelebihan empati. Walaupun mereka tidak pernah mengalami situsasi khusus yang dialami, namun mereka boleh menerima emosi individu lain.

3. Regulasi emosi

Pemimpin yang mampu mengawal komposisi emosi jarang hilang kawalan, berkata kesat dan membuat keputusan terburu-buru. Apabila anda mampu menguruskan emosi sendiri anda akan sentiasa mampu mengawal diri.

Mereka yang mampu mengawal emosi adalah mereka yang bersifat wajar, Justeru menjadikan persekitaran kerja kurang dengan drama dan negativiti. Kebanyakan pekerja yang berpotensi tinggi akan memilih untuk bekerja disyarikat-syarikat yang dipimpin oleh ketua yang mempunyai EQ yang tinggi dan jarang berniat untuk berpindah ke syarikat lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?