5 TIPS PEMILIHAN BAJU KURUNG MENGIKUT STRUKTUR BADAN YANG IDEAL

Pemilihan bentuk baju kurung untuk padanan pada tubuh amat penting. Ianya memberi kesan serta impak pada si pemakai. Ianya akan mempamerkan “kesenian” pada tubuh seseorang wanita. Sebelum dipadankan pada tubuh, perlu diketahui 5 jenis tubuh badan anda. 5 jenis bentuk tubuh iaitu seperti gambar rajah dibawah :

  1. BENTUK SEGI EMPAT
  2. BENTUK SEGI TIGA TERBALIK
  3. BENTUK BADAN JAM PASIR
  4. BENTUK BADAN EPAL
  5. BENTUK BADAN PIR
  1. KAIN DUYUNG
  • Empat bentuk badan ini sangat ideal bagi pemakaian kain duyung. Ianya amat memberi keselasaan serta kain terletak kemas pada tubuh. Bagi bentuk tubuh pear kurang padan dengan rekaan seperti ini.

2. KURUNG KEDAH

  • Kurung kedah kini telah makin dimodenkan namun masih mengekalkan keunikannya tersendiri. Ianya sesuai bagi bentuk badan epal, segi empat, jam pasir dan segi tiga terbalik. Pemilihan corak juga memberi impak pada si pemaka

3. DART HADAPAN

  • Sebahagian pemakai amat gemar mempunyai dart pada hadapan baju untuk tampak langsing. Namun bentuk badan yang kurang padan akan memberi kesan pada pemakai dan mata orang sekelilingnya. Ianya amat padan bagi bentuk pir, segi empat, segi tiga terbalik serta jam pasir.

4. DART BELAKANG

  • Ada juga yang meminati mempunyai dart pada belakang baju untuk tampak langsing. Namun bentuk badan yang kurang padan akan memberi kesan pada pemakai dan mata orang sekelilingnya. Ianya amat padan bagi bentuk epal, segi empat, segi tiga terbalik serta jam pasir.

5. PESAK GANTUNG

  • Pesak gantung memberi tampak kemas bagi si pemakai. Empat bentuk badan ini sangat ideal bagi pemakaian pesak gantung. Ianya amat memberi keselasaan serta kain terletak kemas pada tubuh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?