Adakah anda seorang yang toksik? Ini cara untuk anda mengenalinya.

Jika ya, belum terlewat untuk anda menukar personaliti anda.

Getty Images

Adakah anda seorang yang toksik, jawapan anda sudah tentu tidak, secara umumnya kita semua memikirkan bahawa kita seorang yang baik, ya, mungkin tak sempurna tapi berhati baik.

Namun anda sendiri tidak tahu kesan perbuatan anda terhadap orang sekeliling anda. Mungkin anda berniat baik, tapi dalam masa yang sama perbuatan anda mungkin menguris hati teman-teman anda. Kritikan atau lawak sinis yang anda utarakan mungkin tidak ditujukan secara khusus tapi mungkin tanpa disedari ada yang terasa

Orang yang toksik mungkin hanya bersifat sedemikian mengikut keadaan, anda mungkin ibu atau bapa yang lembut terhadap anak-anak, tapi sebagai anda mungkin kasar terhadap pekerja, atau anda mungkin boss atau mentor yang baik terhadap pasukan jurujual anda tetapi mungkin dilihat jelik oleh pasukan operasi. Tergantung situsasi, namun jika anda bertanya kepada orang sekeliling pasti tiada yang berani memberikan jawapan yang jujur.

So how can you really tell whether other people see you as toxic or not? To help you figure it out, a blog post at Psychology Today by social science researcher Jeremy Sherman, Ph.D. lists 10 things the most toxic people commonly do. You can find the full list here, but these are the most telling.

Jadi bagaimana anda hendak mengenalpasti sama ada anda seorang yang toksik atau tidak, berasaskan kepada nukilan blog Psychology Today oleh Jeremy Sherman, Ph.D, tanya diri anda soalan-soalan berikut, jika jawapan anda ya, mungkin anda perlu menilai semula tingkah laku dan tutur kata anda terhadap orang sekeliling.

1. Memberitahu orang sekeliling bahawa anda adalah insan yang baik.

Orang yang mendeklarasikan diri mereka jujur, atau baik selalunya adalah orang yang dihantui oleh rasa bersalah, mereka beranggap nilai sebuah kebaikan perlu dicanangkan, padahal mereka tahu bahawa, mewar-warkan kebaikan diri tidak membantu apa-apa. Sekiranya anda mempunyai karakter yang perlu menunjukkan sebarang perbuatan baik yang anda lakukan, anda perlu tanya diri anda semula kenapa perlunya berbuat demikian.

2. Menekanan kepada orang sekeliling bahawa anda boleh dipercayai.

 “Awak tak percayakan saya ke”, jika anda mendapati bahawa anda bertanya soalan sebegini kepada seseorang, ini petanda anda mungkin bersifat toksik. Kepercayaan tidak perlu disoalkan, sebaliknya kepercayaan datang sendiri dari kedua pihak yang mana lahir dari tampilan integriti individu.

Perkara yang sama juga, dalam persahabatan dan kesetiaan, memberitahu orang untuk menghormati atau mempercayai kita sangatlah tidak efektif, nilai kepercayaan dan rasa hormat hanyalah dapat diperolehi dari perbuatan yang kita zahirkan dalam pengurusan seharian.

3. Mempercayai bahawa nilai moral anda tinggi.

Adakah anda rasa anda mempunyai nilai moral yang tinggi, ramai yang rasa sebegitu, walhal ideologi moral berbeza mengikut individu. Adakah anda mempunyai moral yang tinggi, jika berkemandirian tinggi tanpa bantuan keluarga, Jika anda mengambil berat tentang persekitaran anda Cuma memakai produk-produk mesra alam, jika anda seorang yang warak adakah anda perlu selalu menderma kepada fakir miskin?

Apapun nilai moral yang anda tetapkan pada diri anda, besar kemungkinan tidak bernilai bagi individu lain. Untuk mengukur dan membanding nilai moral diri anda dengan orang lain merupakan petanda bahwa anda seorang yang toksik.

4. Merasakan bahawa perbuatan jahat orang lain menjustifikasikan tindakan anda. 

 “Oklah semua orang pun buat’, “Kalau I tak buat dulu orang lain pun akan buat, merupakan kata-kata lazim yang dengar bukan?.

Menjadi seorang yang berperangai jelik, tidak perlu justifikasi, sekiranya perbuatan yang anda buat salah, tidak semestinya, dan semua orang melakukan hal yang sama tidak membetulkan perbuatan yang salah. Tampil dengan prinsip yang lebih baik walaupun tidak semua menyenanginya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?