Pentingnya menerapkan nilai-nilai positif dalam membina penjenamaan.

Kesan Psikologi Positif bagi Membina Hubungan yang lebih erat dengan pelanggan

Psikologi positif adalah salah satu medium yang paling berkesan untuk membina hubungan yang baik dengan pelanggan.

Sifat seperti empati, belas, semangat dan integriti, telah dibuktikan oleh pengkaji “The science of hapinness”, sebagai blok kegembiraan tidak khusus kepada individu, organisasi dan komuniti secara menyeluruh.

Sekiranya anda belum menerapkan kaedah psikologi positif dalam teknik pemasaran dan penjenamaan anda, ini adalah antara sebab kenapa anda harus bermula sekarang.

Positiviti, empati, dan keterangkuman adalah penting bagi pengguna pada generasi ini.

Sekarang teknik pemasaran menggunakan penekanan kepada rasa takut atau kerisauan tidak lagi efektif seperti dahulu.

Ambil kira contoh, Syarikat “Weight Watchers” , sehingga tahun 2015 pendekatan pemasaran syarikat yang  pro-kurus, dan menekenan mesej pentingnya penurunan berat badan, sehingga dekad ini adalah sangat efektif. Namun apabila masyarakat kita dikenalkan dengan ideologi “body positivity” Syarikat ini menyedari mereka telah tersasar dari segi mesej sebenar yang cuba disampaikan. Pada tahun 2018 mereka telah menukaran penjenamaan mereka kepada “wellness that works”, yang bermaksud “ke arah kesejahteraan kesihatan yang berkesan”.

Sebagai contoh Terkini kes Nike memilih Colin Kaepernick menjadi jurucakap salah satu produknya, pemilihan Colin dilihat sebagai berisiko, dengan tema penjenamaan integriti dan semangat premium, Namun ternyata dek kerana imej Colin yang tampil menentang dengan berani dan lantangnya terhadap keganasan polis tempatan, ternyata kempen tersebut membuahkan hasil dan reputasi Nike telah mencanak naik semenjak Colin menjadi jurucakap mereka pada tahun 2018.

Terdapat perkembangan terhadap kerprihatinan umum dengan psikologi positif.

Semenjak Profesor Tal Ben-Shahar dari Universiti Harvard, menawarkan kursus Psikologi Positif, yang menjadi kursus yang paling popular di Harvard Minat umum terhadapa pembangunan psikologi positif semakin berkembang.

Bagaimana impak psikologi positif memberi kesan langsung kepada penjenamaan?

Umum sedia maklum dengan pentingnya sifat positif penting kesejahteraan hidup mereka, pengguna sekarang tidak akan membazir wang mereka dengan jemana yang tidak menerapakan nilai nilai sama dengan prinsip hidup mereka contoh produk yang menjalankan ujian ke atas haiwan, tidak akan mendapat sokongan dari pembeli yang sangat menitikberatkan empati kepada alam atau aktivis-aktivis konservasi.

Pengguna sekarang meletakkan jangkaan yang tinggi terhadap penjenamaan berbanding dahulu.

Sekarang pengguna mahukan sesuatu yang “original” asli, mereka mahu melihat jenama barangan yang mereka gunakan untuk tampil memberikan nilai yang mereka percaya, contoh “inclusivity” keterangkuman, syarikat yang mengeluarkan produk solekan dengan tampilan pilihan warna yang mewakili banyak tona kulit, pastinya akan tampil dengan pesona “inclusivity” berbanding dengan jenama yang mengeluarkan rangkaian warna yang terhad.

Dengan akses sosial media yang tampil tanpa had, keupayaan untuk pengguna beralih dari satu jenama kepada satu jenama lain, menjadikan sekarang penekanan terhadap psikologi postitf dalam penjenamaan adalah sangay penting. Psikologi positif merupakan kaedah terbaik untuk membina kepercayaan dan mengukuhkan hubungan terhadap pengguna dan posisi anda sebagai muka utama dalam industri jenama anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?