7 Tabiat Bekerja yang ada pada Staff, yang mempunyai nilai yang tinggi pada majikan

Apakah definisi staff yang mempunyai nilai yang tinggi pada majikan?

Daripada MARCEL SCHWANTES, FOUNDER AND CHIEF HUMAN OFFICER, LEADERSHIP FROM the core.

Apakah definisi staff yang bernilai? Adakah ianya pengalaman atau etika kerja? Adakah anda melihat kepada kecekapan pekerja berdasarkan keupayaan khusus?

Bagaimana pula dengan kemahiran insaniah(soft skill)? Adakah ianya memberi nilai yang sama semasa proses temuduga untuk seorang jurutera atau posisi strategik. Sepatutnya ya.

Walaupun jelas kebolehan teknikal dan asasi, memberi definisi kepada jenis pekerjaan, namun sebenarnya kemahiran interpersonal adalah lebih penting bagi seseorang pekerja untuk kemandirian kariernya agar senantiasa sukses.

.Kebanyakkan syarikat kurang memberi nilai kepada  kemahiran insani dan pembangunan manusia, kerana impaknya yang kelihatan kurang jelas, namun pada hakikatnya, apabila muncul personaliti yang kurang menyenangkan dengan ego yang tinggi dikalangan staff ditambah dengan konflik yang tidak boleh di elakkan, kebolehan staff untuk berkomunikasi dan reaksi ketika krisis, memberi nilai yang sangat tinggi kepada majikan.

Dalam membentuk “company culture” yang baik, ini adalah elemen yang perlu anda pertimbangkan dalam memilih staff yang memenuhi kriteria kemahiran insani.

  1. Mereka yang merupakan pendengar yang aktif.

Komunikasi yang efisien bukan hanya melibatkan percakapan, ianya juga melibatkan keupayaan untuk mendengar dan memahami apa yang berlaku di persekitaran. Individu dengan kemahiran insani yang tinggi biasanya akan mendengar dan menjelaskan sekali lagi apa yang didengarinya untuk memastikan pemhamanannya tepat. Cth (apa yang saya dengar adalah……justeru boleh saya tahu perasaan anda terhadap perkara ini?).

2.Mereka yang mempunyai kecerdasan emosi (EQ).

Tidak dinafikan IQ, masih menjadi tunggak kepada majikan untuk meramal kebolehan staff, namun apabila staff sudah mendapat pekerjaan tersebut dan anda mengambil kira bagaimana anda berhasrat untuk memperkembangan peranan staff, anda pastinya memerlukan individu dengan kecerdasan emosi yang tinggi.

3. Mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.

Mereka yang mempunyai tahap kesabaran yang tinggi biasanya berkebolehan untuk memproses kemana hala tuju, sesuatu situasi, mendapatkan perspektif, mendengar tanpa terus menilai sesuatu yang mana mereka kurang bersetuju, dan tidak memberi reaksi eksterim dengan melulu. Mempraktikan elemen kesabaran mungkin membuatkan mereka tertangguh tangguh dalam membuat keputusan, namun ini juga bermaksud, mereka mempunyai kecenderungan untuk bersifat lebih rasional lebih dengan konklusi yang lebih praktikal.

4. Mereka yang mengelak dari “drama”.

Pekerja dengan kecerdasan emosi yang tinggi memiliki satu kelebihan yang nyata, mereka biasanya akan cenderung untuk menghentikan drama dengan memberitahu pendapat mereka berdasarkan fakta dan bagaimana ianya memberi kesan kepada yang lain. Mereka ini berkeupayaan untuk menghentikan situasi yang dipenuhi dengan emosi yang kurang enak, dengan pendekatan yang lebih tenang, jelas dengan kesudahan yang mereka inginkan, kerap bertanya akan idea dan memberikan solusi yang disenangi suara ramai, dengan mengambil staff yang boleh menangani konflik dengan baik, anda sebagai majikan mempu menjadi lebih konstruktif, produktif dan mampu untuk mewujudkan perbincangan yang lebih harmoni.

5. Mereka yang mampu menguruskan emosi kendiri dengan baik.

Keupayaan untuk mengawal diri adalah kecekapan yang hadir pada setiap individu, namun persoalannya, “bolehkah saya mengawal esmosi untuk memberikan output yang positif ?, tidak semua punya kebolehan sebegitu.

“Individu berfikiran wajar- Adalah merupakan mereka yang mampu mengawal emosi, mereka yang mampu mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat, dalam tetapan sebegini, drama di persekitaran kerja berkurang dan produktiviti berpanjangan.”

6. Mereka yang menghargai amalan yang mengekalkan kesejahteaan ketika waktu berkerja.

Perkerja yang terbaik biasanya akan melihat kepada syarikat yang akan membenarkan integrasi antara kerja dan kehidupan. Majikan yang cerdik biasanya akan memberikan jadual yang fleksibel kerana ia merupakan perkara yang masuk akal.  

7. Mereka yang mampu menguruskan diri dengan baik.

Lupakan pengurusan staff, Majikan mahukan staff yang boleh menguruskan diri dengan baik, jika staff mampu menguruskan diri dengan baik, secara automatiknya ini akan menjuruskan kepada lebih produktiviti. Mereka yang mampu menguruskan diri pada kadar adalah mereka yang:

  1. Mereka yang tidak “multi-task” secara berlebihan
  2. Mereka yang memulakan dan mengakhiri mesyurat pada waktunya dan tidak membenarkan agenda mesyurat tersasar.
  3. Mereka menetapkan batas, berani mengatakan “tidak” jika perlu, agar masa mereka ditepati.
  4. Mereka mampu mengenal pasti waktu produktiviti mereka yang paling optimal, dan mampu mengekalkan fokus mereka terhadap benda-benda penting.
  5. Mereka yang peka terhadap perkara-perkara yang tidak mendatangkan hasil, seperti membuang masa untuk membawang atau bergosip ditempat kerja, perbincangan yang tidak produktif, dan panggilan-panggilan telefon yang tidak penting, yang memganggu kelancaran pekerjaan mereka.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?