3 Rutin Penjagaan Kulit yang Anda boleh Abaikan.

Disclaimer: Ini bukanlah pandangan profesional, jenis kulit mempunyai kepelbagaian, tahap keberkesanan produk dan amalan penjagaan adalah berbeza, rujuk pakar dermatologi anda sebelum menukar rutin penjagaan kulit anda.

1. Eye Cream/ Krim Mata

Ramai yang tak berapa sedar, yang krim mata ni sebenarnya kandungannya adalah sama dengan krim pelembap, tapi seriously, ramai pengeluar produk yang  ternyata cuma menggunakan taktik membungkus/di pek semula, dan menamakan semula produk mereka sebagai krim mata, padahal kandungannya sama. Jadi sebelum anda beli krim mata, rujuk kandungannya dan buat perbandingan dengan krim pelembapnya.

2. Toner/Penyegar Muka

Pernahkah anda dengar perkataan “witch-hazel”, sejenis astrigent, dengan tekstur ringan gabungan pencuci dan air, yang bertujuan untuk mengembalikan pH kulit. Ini semua auta, pH kulit anda akan kembali normal selepas beberapa minit anda mengaplikasikan produk ini, efek penyejukkan ditambah untuk menampakkan keberkesanan walhal, tahap keberkesanannya hampir tidak signifikan, abaikan langkah ini, cuci muka dengan pencuci dan krim pelembap pun sudah memadai.

3. Face Masks/ Masker Muka

Jika anda membelanjakan RM10-RM100, untuk 15 min masker anda patut mempertimbangkannya semula, kerana kerap kali kandungan masker yang anda beli ada lah Cuma serum yang dicairkan, jadi efeknya sama sahaja dengan serum yang anda beli selepas aplikasi.  

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?