5 TIPS UNTUK MEREKA YANG MALAS NAK MINUM AIR PUTIH (TANPA GULA).

Air, kita selalu dinasihatkan untuk minum banyak air setiap hari. Dengan hidrasi yang cukup, kita boleh mendapatkan kulit, badan dan minda yang sihat, tapi terdapat juga dari kita yang kurang gemar untuk minum air.

Mungkin pada segelintir dari kita air tidak mempunyai rasa, maka ianya membuatkan anda lebih memilih untuk bergantung kepada minuman berperisa atau bergula, sebagai sumber hidrasi sepenuhnya. Namun umum sedia maklum bahawa pengambilan minuman dengan kandungan gula yang tinggi adalah tidak digalakkan.

Jadi macam mana kita nak melatih diri sendiri untuk minum air putih (tanpa gula), sebagai sumber hidrasi kita yang utama? Baca tips menarik dibawah.

1. Minuman dari Botol Air

Cara mempengambilan minuman mempengaruhi kekerapan untuk kita minum, motivasikan diri anda untuk minum lebih kerap dengan membeli botol minuman yang menarik, pastikan ianya sentiasa dibawa kemana jua, Latih atau cabar diri anda untuk minum sebotol air dari satu tegukan, kemudian isi semula untuk diminum kemudian.

2. Minum Di Awal Pagi

Kaedah paling penting untuk memastikan tahap hidrasi yang optimum adalah dengan menjadikannya rutin harian, cuba untuk membiasakan diri untuk minum segelas air, setelah anda menggosok gigi dipagi hari. Lakukannya setiap hari sehingga ianya menjadi kebiasaan.

3. Tambah buah-buahan

Cara paling mudah untuk memberi rasa pada minuman adalah dengan menambah buah-buahan, campurkan minuman dengan buah-buahan atau sayuran alternatif untuk menambah perisa seperti lemon, kiwi atau timun.

4. Pilih untuk makan makanan dengan kandungan air yang tinggi

Makanan yang kaya dengan sumber air adalah buah buahan dan sayuran seperti tembikai, oren dan timun, alternatif yang sesuai untuk mereka yang lebih suka makan dari minum. Alternatif lain minumlah air kepala, air tebu, air soya atau jus buah-buahan yang mengandungi kandungan gula semulajadi.

5. Muat turun aplikasi untuk memantau hidrasi

Applikasi WaterMinder adalah contoh aplikasi yang mengingatkan anda untuk minum setiap hari, ianya akan menghantar notifikasi peringatan agar anda minum air pada waktunya, anda boleh memantau kadar hidrasi, jumlah pengambilan air dan pencapaian kadar hidrasi anda. Applikasi ini sangat berguna buat admin, jadi muat turun segera dan pantau kadar hidrasi anda.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?