5 TIPS UNTUK KEKAL CERIA DI TEMPAT KERJA

  • KENALI DIRI ANDA TERLEBIH DAHULU, ADAKAH ANDA BERMINAT DENGAN KERJA YANG ANDA SEDANG LAKUKAN

Sekiranya jawapannya ya, nilai kembali apa yang membuatkan anda tidak senang ketika berkerja, sekiranya terdapat kelemahan dari pihak pengurusan, beri maklumbalas agar sebarang isu berbangkit segara diperbaiki. Tiada kebaikan yang bakal dicapai dengan berdiam diri, namun sebaliknya hanya menganggu fokus kerja. Sekiranya anda rasa ianya berpunca dari kelemahan diri, dan anda rasa anda tidak mempunyai kemampuan untuk memperbaiki diri, rujuk pihak pengurusan untuk mengenal pasti cara yang lebih bersesuaian untuk pengagihan tugasan.

Jika jawapan anda tidak, maklumkan kepada pihak pengurusan memberikan untuk tugasan yang lebih anda minat, beri pertimbangan untuk menukar kerjaya hanya apabila anda pasti dalam jangka yang panjang anda bakal beroleh keberuntungan yang lebih dengan persekitaran perkerjaan baru.

  • NEGATIVITI DITEMPAT KERJA

Sifat negatif boleh merosakkan ketenangan dalam diri. Jauhi diri daripada rakan sekerja yang menyebar anasir negatif didalam kerja, walau sedikitpun

Pilih untuk fokus dengan kerja, pilih untuk tidak mencampuri mana-mana perbualan yang tidak produktif dan gosip di kalangan rakan sekerja. Sebarang perbualan negatif pastinya akan menganggu emosi anda. Pilih emosi kerana perasaan anda adalah dibawah kawalan anda sendiri.

  • PILIH UNTUK GEMBIRA

Keceriaan ditempat kerja bermula dengan anda memilih untuk menjadikan waktu berkerja adalah hari yang ceria, bukan orang sekeliling dan bukan situasi anda.

Pilih untuk sentiasa berfikiran positif kerana, sifat optimistik adalah penting bagi menyahkan tekanan ditempat kerja.

  • MAKLUMBALAS YANG KONSISTEN ADALAH PENTING

Tiada pekerja yang sempurna, sentiasa dapatkan maklumbalas dari pihak pengurusan dan rakan sekerja, dari segi mana anda boleh memperbaiki atau memperkukuhkan lagi prestasi kerja anda dari masa ke semasa, ini akan memperluaskan skop komunikasi anda dan menyerlahkan pontesi sebenar anda sebagai pekerja.

  • ELAKKAN UNTUK TIDAK SELALU BERJANJI, JIKA TIDAK DAPAT DITEPATI.

Ramai pekerja memilih untuk menghadam kerja-kerja yang diagihkan tanpa mengira kemampuan diri. Pilih untuk jadi lebih realistik, terhadap tugasan anda, elakkan menangguh kerja-kerja yang telah diberi, kerana kerja-kerja yang terbengkalai akan meningkatkan tekanan. Sentiasa beritahu segara kepada pihak pengurusan sekiranya anda tidak dapat mematuhi tarikh akhir tugasan anda, pilih untuk tampil lebih komited terhadap tugasan kerana ianya akan menampakkan anda sebagai pekerja yang sentiasa produktif.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?