5 FAKTA “RANDOM” MENARIK TENTANG MALAYSIA, YANG MUNGKIN ANDA TIDAK KETAHUI .

1. Populasi Negara 2020-Pada Tahun 2020, populasi penduduk Malaysia adalah 32,427,899 berdasarkan data dari pihak UN, meletakkan Malaysia negara yang ke- 45 di dunia, berdasarkan jumlah populasi.

2. Asal usul  Nama Malaysia -Hampir separuh nama-nama negara dunia berakhir dengan perkataan ‘ia’. Antaranya termasuk Russia (tanah bangsa Ross), Somalia (tanah bangsa Somali), Algeria (tanah bangsa Algiers), Bolivia (tanah bangsa Bolivars), India (tanah sungai Indus), Columbia (tanah Columbus), Mongolia (tanah bangsa Mongols), Ethiopia (tanah bangsa kulit hitam) dan sebagainya.  Nama MALAYSIA adalah versi ‘latinised’ berpangkalkan perkataan MALAYS, ungkapan dalam bahasa Inggeris bagi perkataan MELAYU. Jadi MALAYS-IA bermakna LAND OF THE MALAYS, atau lebih tepat, TANAH BANGSA MELAYU.

3. Dari mana datangnya perkataan “ringgit”- Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka perkataan ringgit itu sendiri tidak membawa apa-apa maksud yang berkaitan dengan wang. Perkataan ringgit merujuk kepada bahagian deretan sisi duit syiling yang dipenuhi garis-garis halus seperti gerigi. Di awal pengenalan mata wang ke Malaysia, corak gerigi pada syiling, mempengaruhi nilai syiling tersebut, perkataan ringgit mula tular dikalangan penduduk tempatan lalu diangkat menjadi matawang pada tahun 1967

4. Kapal “Flora de la mar”- Bangkai Kapal Portugis yang membawa maksud “bunga di lautan”, sehingga kini masih belum ditemui dan dipercayai berada di dasar lautan di Selat Melaka. Tenggelam pada sekitar tahun 1511, anggaran harga karun yang dibawa oleh kapal ini adalah sekitar RM10.6 billion termasuk 55 ribu kilogram emas yang dibawanya, sehingga “lanun moden” masih giat berusaha mencari harta karun tersebut di sekitar perairan melaka.

5. Gua Mulu masih Gua terbesar dunia-  Dikenali sebagai “Sarawak Chamber” gua ini juga terdaftar dalam salah satu warisan dunia UNESCO. Berada pada kedalaman tanah 700 meter dengan tinggi 70 meter. Gua ini  dikatakanmampu menampung 40 buah boeing 747 tanpa tumpang tindih sayap.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?