5 Youtuber Muslimah Terbaik Yang Anda Patut Follow di YouTube

Fly With Haifa

Merupakan Wajah kepada “Fly With Haifa”, Haifa merupakan seorang Youtuber yang berasal dari Haifa Beseisso. Misi Haifa adalah untuk menghapuskan sterotaip ke atas penggembara Muslimah dan mendekatkan jarak kebudayaan diantara masyarakat diTimur dan di Barat. Travelog beliau adalah biliungual dan disertakan dengan sari kata agar mudah di fahami oleh peminat rancangan travel log di seluruh dunia.

Terkini Videonya yang bertajuk “I Got Married” , telah mengundang perhatian media. Mengetengahkan cabaran dan tekanan untuk mencari pasagan hidup yang sesuai, Dia kemudiannya mengenakan pakaian dan menjemput orang diseluruh ke majlis perkahwinnya dimana dia akan berkahwin dengan “kehidupan”, Saksikan Haifa, dalam usahanya untuk memcecah sterotaip dan inspirasi travel log.

Shahd Batal

Berdarah Sudan-Amerika, beliau mula membuat video hanya dengan mengayakan rambut asallnya sekarang beliau sekarang merupakan suara komuniti milineal. Selepas berhijab sepenuhnya pada November 2016, dia merubah fokus dengan menghasilkan kandungan berkonsepkan “eksperesi diri” melalui solekan. Solekan merupakan medium untuk membangkitkan keyakinan dirinya  dan sebahagian perjalanan kariernya untuk menjadi muslimah yang lebih baik.

Omaya Zein

YouTuber yang berasal dari Venezuela- Palestin ini gemar membuat video solekan dan tutorial hijab. Mempunyai citarasa pengayaan stail fesyen yang unik, Omaya menunjukkan melalui videonya bagaimana beliau mendapatkan gaya atau stail tersebut. Selain itu Omaya turut mengetengahkan kandungan video berunsurkan perihal kesihatan dan kehidupannya secara umum.

With Love, Leena

Leena Soubar, adalah merupakan muka depan kepada saluran You Tube Love Leena, platformnya dipenuhi dengan perkongsian mengenai fesyen, pengembaraanya beserta kehidupannya. Leena yang berdarah kacukan Palestin kini menetap di Texas, America dan bekerja sebagai jururawat, sebagai stail ikon, Leena biasanya tampil selesa dengan image chic.

Aida Azlin

Aida adalah blogger yang berasal dari Singapura yang kini menetap di Moroco. Saluran You Tube beliau adalah berkonsepkan motivasi dan inspirasi, dengan kandungan baru setiap minggu. Aida biasanya akan memberikan jawapan kepada soalan- soalan berkenaan dengan kehidupan dengan cara pendekatan yang lebih mudah dan besesuaian dengan konsep islamik, yang membuatkan orang ramai tertarik dengan dengan saluran You tube Aida adalah personalitinya kelihatan tulus dalam menyampaikan nasihat dalam bentuk dakwah. Aida kadang-kadang turut menampilkan suaminya, Karim dalam video-videonya jika tajuk yang diketengahkan bersesuaian.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?