PEMILIHAN FABRIK YANG SESUAI DENGAN CUACA DI MALAYSIA

Fabrik memainkan peranan yang sangat penting untuk memastikan pakaian yang dipilih selesa saat ia dipakai sepanjang hari. Tambah-tambah lagi dengan cuaca di Malaysia yang kadang panas kadang hujan ni. Pemilihan fabrik yang tepat perlu dititikberatkan agar anda berasa selesa sepanjang hari. Salah satu tips pemilihan fabrik adalah dari segi material kain yg digunakan. Sebelum nak beli tuu, pastikan korang tahu terlebih dahulu material yang digunakan. Bagi cuaca di Malaysia ni, eloklah kalau korang cari jenis fabrik yang selesa dan tak panas.

Bagi kami di Arissa Closet, semestinya keselesaan dan kepuasan pelanggan adalah aspek keutamaan kami. Dalam menyiapkan sesuatu koleksi, aspek keselesaan adalah yang paling utama. Kami menghargai setiap pelanggan kami dengan menyediakan pakaian yang selesa , material yang bagus agar si pemakai tampak cantik bergaya serta menyakinkan .

Salah satu kategori atau jenis kain yang paling digemari, selesa dan berkualiti sekarang ni ialah ‘COMO CREPE’. Kain jenis ini sangat sesuai dengan cuaca di Malaysia. Antara ciri-ciri kain ‘como crepe’ adalah :

  • Materialnya yang lembut dan tidak panas serta selesa walaupon dipakai sepanjang hari.  
  • Kain como crepe tidak jarang dan tidak mudah berkedut. Ia juga tidak melekat di badan sehingga menampakkan bentuk tubuh si pemakai.
  • Kain como crepe mempunyai banyak pilihan warna daripada warna gelap sehingga pilihan warna-warna terang.
  • Kain como crepe jenis yang mudah dibasuh dan tidak luntur warnanya.
  • Ia mudah di gosok atau ‘less ironing’ hanya ‘minimal ironing’ sahaja sebelum dipakai. Bahkan dalam keadaan tergesa-gesa pon tidak perlu digosok, menjadikan ia pilihan mereka yang sentiasa sibuk.

Alhamdulillah setakat ini, kebanyakan pelanggan kami berpuas hati dengan penggunaan material ‘como crepe’ pada koleksi keluaran kami . Anda mesti nak yang selesa & trendy bukan? bak kata orang, alah membeli menang memakai. Sudah tentu koleksi kurung di Arissa Closet mampu memenuhi citarasa anda.  Jadi tunggua apa lagi, selamat bershopping di Arissa Closet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

×

Hello!

Click one of our contacts below to chat on WhatsApp

× Bantuan ?